Sila hubungi: Mustafha Abdul Rahman, 019-3635546
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Di waktu sihat kita lebih menghargai wang ringgit tetapi di waktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan
Ceria Menawan: Garam gunung buat kulit gebu
Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar
(Berita Harian, 3 Jun 2007)
Rawatan boleh imbangkan asid, gas dalam badan dengan merendam
TIDAK ramai tahu bahawa garam gunung terbentuk secara semula jadi sekitar 256 tahun dulu mempunyai fungsi yang baik terhadap kesihatan. Khasiat garam gunung yang hanya diperoleh di kawasan berbukit sekitar Asia dan Eropah ini dikatakan mampu memulihkan pelbagai penyakit selain menjadi bahan kecantikan alternatif dekad ini.
Pengusaha Butik Kecantikan dan Kesihatan Yyong, Norhayati Sidek, berkata permintaan terhadap rawatan berasaskan garam kristal kini menjadi pilihan di kalangan wanita kerana keberkesanannya menjadikan kulit badan gebu, putih dan bersih selain meningkatkan imunisasi badan seseorang melawan penyakit.
Beliau berkata, garam gunung atau ‘rock salt’ di butik kecantikannya diimport dari Pakistan bagi menjamin kualiti dan keaslian elemen dan zat yang terkandung di dalamnya. Garam gunung yang dibeli dalam bentuk kristal ini kaya dengan mineral dan zat galian.
“Rawatan berasaskan garam gunung ini popular di kalangan masyarakat Cina purba dan ia disifatkan ekslusif kerana bahan semula jadi ini diperoleh daripada gunung garam batu yang terbentuk secara semula di kawasan tertentu terutama seperti Pakistan, India dan China.
“Kristal garam ini kaya dengan tenaga bio (bio-energy) pada getaran 8.7 hertz. Garam ini diperoleh secara manual tanpa menggunakan bahan letupan bagi mengekalkan kualiti dan keaslian bio fizikalnya. Mineral dan zat galian dalam garam kristal ini berbentuk ion yang memudahkan proses serapan mineral dalam tubuh individu,” katanya.
Beliau berkata, garam kristal ini boleh ditukar kepada bentuk debu dan kepingan kecil berperanan menyeimbangkan asid dan gas yang ada dalam tubuh seseorang. Usus berasid menyebabkan tulang, otot dan saraf terganggu sekali gus menjadi punca lenguh, kebas, sengal, dan bisa-bisa badan.
“Empat rawatan berasaskan garam gunung; rawatan kaki, ‘scrub’ garam kristal, mandi garam kristal dan aromaterapi garam kristal. Semua jenis rawatan berasaskan garam gunung ini mengambil masa antara dua hingga tiga jam dan sesuai kepada semua peringkat umur dan jantina.
“Rawatan dimulakan dengan terapi lampu garam kristal selama 15 hingga 20 minit. Individu akan ditempatkan dalam sebuah bilik khas untuk menikmati tidur dan rehat berkualiti sambil menghidu bau garam kristal yang dibakar bersama minyak aromaterapi yang menghasilkan bau menyenangkan serta baik untuk mengurangkan migrain, pening kepala dan tekanan,” katanya.
Beliau berkata, kajian saintifik juga membuktikan rawatan aromaterapi lampu garam kristal ini mampu meningkatkan ion negatif (vitamin udara) sehingga 300 kali ganda dengan elemen biofizik yang menyeimbangkan frekuensi elektromagnetik untuk menghasilkan kualiti persekitaran yang sihat terhadap individu.
Katanya, selepas mendapat rehat berkualiti, individu akan menjalani rawatan pembuangan toksin dalam badan melalui aktiviti rendaman kaki ke dalam ais bercampur minyak terapi, kapur bersama serbuk garam kristal.
“Toksin berlebihan menyebabkan individu kerap diserang kejang, sengal, gaut dan lenguh-lenguh sendi. Kepingan garam kristal, ais dan kapur ini akan bertindak balas melalui penghasilan ion positif yang bertindak mengeluarkan toksin dalam tubuh.
“Apabila kaki direndam, individu akan berasa sakit seperti cucukan jarum pada bahagian tapak kaki. Bagaimanapun, kesakitan yang dirasai individu berbeza-beza bergantung kepada jumlah toksin dalam tubuh dan kualiti kesihatan masing-masing, misalnya seseorang penghidap gaut akan berasa lebih sakit berbanding individu normal.
“Justeru, tempoh rendaman tidak dihadkan, ia bergantung kepada sejauh mana ketahanan seseorang. Namun, tempoh disyorkan adalah 15 minit kerana jangka waktu itu paling ideal untuk tubuh manusia selain mengelakkan rasa kebas dan kecederaan,” katanya rawatan ini juga membantu menghilangkan masalah kaki berpeluh, berair dan pecah tumit kaki.
Norhayati berkata, bagi menghilangkan daki dan menggebukan kulit, kebanyakan pelanggan memilih menggunakan ‘scrub’ serbuk kristal garam yang dipecahkan dan ditumbuk halus serta dicampurkan dengan minyak aromaterapi.
“Sapuan garam pada seluruh tubuh ini dilakukan bersama urutan ringan selain menghilangkan daki, ‘srub’ garam kristal ini mempunyai kelebihan lain seperti menghasilkan bau menyegarkan kepada tubuh seseorang yang kekal selama empat jam, membakar lemak, menghilangkan masalah kulit seperti kurap, ruam dan gatal-gatal.
“Individu akan berendam dalam jakuzi yang dicampur serbuk garam kristal, minyak terapi dan sabun mandian khas. Mandian garam bertujuan mengembalikan tenaga yang hilang, mengurangkan masalah kulit kering, mengimbangi pH dalam tubuh dan merangsang penghasilan vitamin yang baik untuk luaran tubuh,” katanya menjelaskan jika badan individu mengandungi jumlah toksin berlebihan air mandian akan bertukar menjadi keruh.
KOTA BARU: Universiti Sains Malaysia (USM) akan membuat kajian terperinci khasiat madu lebah dalam meningkatkan tahap kesihatan termasuk hubungan kelamin.
Pensyarah dan doktor pakar Klinik Kesihatan Keluarga Hospital USM, Kubang Kerian, Prof Madya Dr Shaiful Bahari Ismail berkata kajian itu akan memakan masa selama tiga tahun.
"Sekarang kita sendiri tidak tahu berapa jumlah sebenar yang patut kita ambil dalam sehari dan bagaimana madu ini dapat meningkatkan tahap hubungan seks manusia," katanya kepada pemberita selepas perasmian "Persidangan Kesihatan Seks" di sini hari ini.
Katanya USM berminat membuat kajian itu berikutan khasiat madu lebah ada disentuh dalam al-Quran serta dakwaan pengamal madu lebah bahawa mereka lebih sihat dan tahap seks semakin baik.
"Ada kalangan pengamal madu ini kita lihat mereka nampak muda walaupun mempunyai anak enam dan berusia agak lanjut," katanya.
Dr Shaiful Bahari berkata pihaknya sedang menunggu kelulusan geran daripada kerajaan untuk membuat kajian itu.
Beliau juga berkata HUSM kini mempunyai Klinik Kesejahteraan Lelaki khusus untuk lelaki yang menghadapi masalah mati pucuk (ED).
"Klinik ini mempunyai doktor dan kakitangan yang semuanya lelaki khusus bagi membantu kaum lelaki yang menghadapi ED untuk meluahkan perasaan mereka tanpa merasa malu," katanya.
Dr Shaiful Bahari berkata diabetes merupakan antara penyakit yang menyumbang kepada masalah ED.
Beliau juga meminta golongan lelaki yang menghadapi masalah ED agar mendapat rawatan perubatan dan bukannya mempercayai kepada ubatan yang banyak dijual di tepi-tepi jalan bagi mengelakkan risiko lain.
Lebih 200 peserta yang terdiri daripada doktor pakar dan pengamal perubatan tanah air menghadiri persidangan itu. (Bernama)
More than regulating water content
Salt has many other functions than just regulating the water content of the body. Here are some of the more vital functions of salt in the body:1Salt is most effective in stabilizing irregular heartbeats and, Contrary to the misconception that it causes high blood pressure, it is actually essential for the regulation of blood pressure - in conjunction with water. Naturally the proportions are critical.2Salt is vital to the extraction of excess acidity from the cells in the body, particularly the brain cells.3Salt is vital for balancing the sugar levels in the blood; a needed element in diabetics.4Salt is vital for the generation of hydroelectric energy in cells in the body. It is used for local power generation at the sites of energy need by the cells.5Salt is vital to the nerve cells' communication and information processing all the time that the brain cells work, from the moment of conception to death.6Salt is vital for absorption of food particles through the intestinal tract.7Salt is vital for the clearance of the lungs of mucus plugs and sticky phlegm, particularly in asthma and cystic fibrosis.8Salt is vital for clearing up catarrh and congestion of the sinuses.9Salt is a strong natural antihistamine.10Salt is essential for the prevention of muscle cramps.11Salt is vital to prevent excess saliva production to the point that it flows out of the mouth during sleep. Needing to constantly mop up excess saliva indicates salt shortage.12Salt is absolutely vital to making the structure of bones firm. Osteoporosis, in a major way, is a result of salt and water shortage in the body.13Salt is vital for sleep regulation. It is a natural hypnotic.14Salt is a vitally needed element in the treatment of diabetics.15Salt on the tongue will stop persistent dry coughs.16Salt is vital for the prevention of gout and gouty arthritis.17Salt is vital for maintaining sexuality and libido.18Salt is vital for preventing varicose veins and spider veins on the legs and thighs.19Salt is vital to the communication and information processing nerve cells the entire time that the brain cells work - from the moment of conception to death.20Salt is vital for reducing a double chin. When the body is short of salt, it means the body really is short of water. The salivary glands sense the salt shortage and are obliged to produce more saliva to lubricate the act of chewing and swallowing and also to supply the stomach with water that it needs for breaking down foods. Circulation to the salivary glands increases and the blood vessels become "leaky" in order to supply the glands with water to manufacture saliva. The "leakiness" spills beyond the area of the glands themselves, causing increased bulk under the skin of the chin, the cheeks and into the neck.21Sea salt contains about 80 mineral elements that the body needs. Some of these elements are needed in trace amounts. Unrefined sea salt is a better choice of salt than other types of salt on the market. Ordinary table salt that is bought in the super markets has been stripped of its companion elements and contains additive elements such as aluminum silicate to keep it powdery and porous. Aluminum is a very toxic element in our nervous system. It is implicated as one of the primary causes of Alzheimer's disease.22Twenty-seven percent of the body's salt is in the bones. Osteoporosis results when the body needs more salt and takes it from the body. Bones are twenty-two percent water. Is it not obvious what happens to the bones when we're deficient in salt or water or both.
Himalayan Crystal Salt is an all natural salt with therapeutic properties, talked about in Water and Salt, The Essence of Life, by Dr. Barbara Hendel MD
No comments:
Post a Comment